8 KEBAIKAN UTAMA SUSU KAMBING

 

 

Susu Kambing mengandungi banyak khasiat dan kebaikan

Susu kambing segar sedikit manis dan berlemak serta sedap rasanya. Sama seperti susu ibu, PH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik. Susu kambing yanng segar dan baru diperah tidak berbau.

Susu kambing kaya dengan enzim, protein dan vitamin A. Diperakui oleh pakar-pakar anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Kandungan Salenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Di bawah ini terdapat ada 8 kebaikan susu kambing terhadap kita yang mengambilnya.

 

1.           Tinggi kandungan protein

 

Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu

Susu kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.

Pembina protein & enzim (otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).

 

2.           Tinggi kandungan Vitamin

 

Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu. antara kebaikan Vitamin A (Retinol) sebagai kekuatan bagi gigi,tisu lembut salutan mucus, Memelihara kulit,Untuk kesuburan kelahiran

Vitamin D menolong untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah otot dari dari menjadi lemah dan ia  terlibat mengatur denyutan jantung.

3.           Rendah kandungan toksik

 

Susu lembu yang penuh dengan hormon pertumbuhan lembu serta bahan yang dikenali sebagai somatotropin bovine, hormon tertentu untuk meningkatkan pengeluaran susu dengan cara yang luar biasa, kambing jarang dirawat dengan bahan ini. Oleh kerana penggunaanya di pinggir  pertanian yang besar, susu kambing bukan sahaja lebih berkhasiat untuk anda, tetapi juga kurang toksik.

4.           Senjata efektif melawan kanser

 

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain. Susu selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkkan suplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser.Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’ – tahap penyakit mental. Penting untuk sisitem imun dengan menghasilkan  sejenis hormon ‘ interleukin’-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

 

5.           Molekul lemak halus

 

Saiz Molekul lemak dalam susu kambing adalah lebih kecil daripada yang terdapat dalam susu lembu. Ini menjadikan susu kambing lebih mudah dihadam.

Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu  yang memerlukan lebih 2 jam.

 

6.           Tingkatkan Sistem Imun

Susu kambing mempunyai mineral, selenium, dan mineral penting dalam mengekalkan sisitem imun yang kuat dan berfungsi secara normal. Susu kambing juga menstabilkan dan menyelenggara membran sel di mana membolehkan saraf berfungsi dengan baik.

 

7.           Awet muda

Trace Mineral – komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan paling penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan nilai pH antara pH 7.35 – 7.45

 

8.           Reaksi kepada keradangan

Beberapa kajian menunjukkan bahawa salah satu manfaat utama susu kambing adalah bahawa ia boleh memberi manfaat kepada keradangan. Satu lagi sebab mengapa ia adalah lebih mudah untuk mereka yang mengalami keradangan usus minum susu kambing dan bukannya susu lembu.

Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik. Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.

PENJAGAAN TERNAKAN RUMINAN

Kekangan ternakan Ruminan

 

Pengekangan ternakan dilakukan  untuk mengawal atau menyekat pergerakan ternakan bagi memudahkan pengendali ternakan  (Pekerja) menjalankan kerja-kerja seperti pemeriksaan, rawatan, permanian beradas dan lain-lain aktiviti.

Definasi

  • kekang – kawal/sekat pergerakan ternakan supaya ternakan dalam keadaandiam, selesa, selamat dan dapat dijalankan aktiviti keatas ternakan tersebut
  • Head Crush – pasung
  • Travis – – laluan / lorong

Tabiat ternakan berbiri

Memahami tabiat dan tingkah laku berbiri adalah merupakan kunci utama dalam pengendalian ternakan ini. Berikut beberapa sifat berbiri yang perlu diberi perhatian

 

  • Berbiri hidup secara berkawan  (bersosial. Membuat pengasingan akan memberi kesan negetif kepada sifat semulajadi ternakan tersebut.
  • Berbiri mempunyai daya ingatan yang baik
  • Secara semulajadi berbiri adalah haiwan pengikut dan tidak boleh diarah sepertimana ternakan lembu.
  • Sepertimana ternakan lembu, berbiri juga bertindakbalas terhadap persekitaran mereka.
  • Ternakan ini akan memberi reaksi diluar dari kebiasaan bila sesuatu yang baru berlaku ke atas diri atau kumpulan ternakan tersebut.
  • Reaksi berbiri boleh diramalkan.
  • Bebiri cenderung bergerak ke arah bertentangan dengan pengendali.
  • Berbiri tidak suka bergerak ke tempat yang gelap. Ternakan ini kan menuju secara bersesak ke kawasan yang terang.
  • Seekor berbiri akan bergerak kearah kumpulan berbiri
  • Berbiri akan menentang bergerak dari satu jenis permukaan yang lain.
  • Pengendali harus bersabar memperkenalkan sesuatu yang baru.
  • Berbiri memberi reaksi takut kepada objek visual yang baru
  • Berbiri mempunyai penglihatan monocular (penglihatan sisi) dan mempunyai bidang penglihatan sedikit atau sempit (binocular). Oleh sebab ittu haiwan ini sentiasa menundukkan kepala bagi membolehkan melihat sesuatu di bahagian  belakang. Dengan kepala kebawah semasa meragut, berbiri boleh melihat di semua arah dan cara ini boleh mengelakkan diri dari pemangsa.
  • Berbiri mudah ditangkap dari belakang.

 

Banyak Khasiat di dalam Susu Kambing

Susu Kambing banyak khasiat dan kebaikan

Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan protein ,enzim dan mengandungi  faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal,ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai penyakit lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.

Antara kebaikan susu kambing ialah :

  • Bersifat alkali
  • Membantu sistem imunisasi tubuh
  • tidak menyebabkan alahan
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi,kulit, dan tisu saraf)
  • tidak mengandungi protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu :

 

  •        > Garam Galian 2.0 kali ganda
  •        > Vitamin A 3.8 kali ganda
  •        > Potasium 2.1 kali ganda
  •        > Zat besi 2.0 kali ganda
  •        > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  •        > Protein 2.1 kali ganda
  •        > Kalsium 2.2 kali ganda

 

  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Sama seperti susu ibu PH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu.

 

 

Khasiat susu Kambing

 

Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.

Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein)

Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh)

Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.

Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu melebihi daripada dalam susu lembu.

Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain :

>     Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon

>     Menurunkan tekanan darah

>     Mengawal degupan jantung

>     Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa

>     menyingkirkan toksin dalam badan

>     membolehkan saraf berfungsi dengan baik

>     Membantu mencegah penyakit gusi

 

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki-diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal.

Tubuh badan yang sihat, mengekalkan imbangan Nilai PH antara ph 7.35 – 7.45

Sama seperti susu ibu, ph susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan menwujudkan persekitaran yang lebih beralkali-baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik,ulser perut dan sebagainya.

 

 

 

Dedaun Hijau

Rumput makanan kambing

Makanan kambing adalah rumput dan dedaun hijau. Rumput yang biasa didapati adalah sangat digalakkan untuk pemakanan adalah rumput Napier. Disamping mengandungi serat (Fiber)  untuk membantu penghadaman makanan, ia juga mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi.

Selain rumput Napier, daun petai belalang juga merupakan dedaun yang sesuai untuk makanan kambing.Disamping itu, daun sawit dan lain-lain rumput boleh diberi sebagai makanan tambahan, daun sawit diberi terus bersama batang dan pelepah, kerana kambing biasanya hanya memakan bahagian daun sahaja, manakala lidi dan pelepahnya di biarkan. Daun sawit tidak dipotong untuk mengelakkan kambing memakan lidinya yang boleh merosakkan saluran pemakanan dan usus

 

Kepentingan Ekonomi : pemberian Makanan

  •  Pengurusan ternakan Intensif dan moden akan meningkatkan penggunaan makanan.
  • Ia akan meningkatkan kos pemberian makanan 70% dan seterusnya kos pengeluaran ternakan.
  • Makanan yang dirumus mesti ekonomik tanpa menjejaskan pertumbuhan dan kekrapan pengeluaran.

Keperluan Makanan

  • Berkualiti, jenis % kandungan nutrien (DM, CP , CF , ASN , ME )
  • Seimbang pada kadar yang bersesuaian
  • mempunyai (Dry Matter Intake)
  • Disukai ternakan ( Palatabiliti)
  • Mudah diperolehi / berterusan
  • kos efektif, jimatkan kos
  • Bigestibility

Tujuan Pemberian Makanan

  • Dapat meningkatkan pengeluaran (peningkatan berat badan, pengeluaran susu, pembiakan dll),
  • mempercepatkan pengeluaran hasil
  • hasil lebih berkualiti
  • menjamin kesihatan ternakan

Sumber bahan makanan

  • Rumput / Foraj
  • kekacang
  • sisa pertanian
  • Bijiran
  • Galian
  • Vitamin

 Antara Makanan Ternakan

Antara  bahan yang boleh dijadikan bahan makanan terdapat disekeliling kawasan ladang ternakan. Dimana makanan tersebut secara tidak langsung dapat mengurangkan kos dan menggunakan bahan tersebut secara efektif.

Pelepah Sawit

 

Pokok Petai Belalang

 

Rumput Napier
Dedak