PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN FODER / PASTURA

 

RUMPUT PERLU DITANAM????

 

  • Penternak tradisional jarang menanam rumput – bagi mendapatkan rumput merata
  • Rumput semulajadi tidak menjamin bekalan yang cukup dan kualiti yang tinggi
  • Rumput membekalkan sumber serat yang tinggi
  • Sumber nutrien yang tinggi seperti protein dan tenaga bagi membekalkan hampir keseluruhan jumlah nutrien yang diperlukan ternakan

 

 

CARTA ALIR  :  KAEDAH PENYEDIAAN TANAH

 

 

 

 

TUJUAN PENGAPURAN

 

  • Mengurangkan keasidan tanah
  • meningkatkan pH tanah
  • Menyediakan kondisi / keadaan pH yang sesuai bagi pertumbuhan biji benih dan rumput

 

Kadar penggunaan Bahan Kapur  :  1 tan kapur diperlukan bagi kawasan seluas 1 ekar bagi meningkatkan pH sebanyak 0.5

 

 

JIKA TANAH BERASID,……

 

  • Unsur nutrien makro (contoh N, P, K ) ( nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang banyak ) tidak tersedia dalam jumlah yang mencukupi
  • Terdapat unsur nutrien mikro ( contoh Fe , Zn ) ( yang diperlukan dalam jumlah yang sedikit ) bersifat toksik ( racun ) akan tersedia dalam tanah
  • menghalang perkembangan sistem akar

 

KESAN PENGAPURAN  :

 

  • Meningkatkan pH tanah
  • Membekalkan Ca , Mg , Fe , K dan P pada tanah-bergantung pada bahan yang digunakan
  • Proses pengikatan nitrogen yang lebih baik dengan adanya kapur yang cukup
  • Menggalakkan / menyediakan keadaan yang sesuai untuk mikrob tanah
  • Pereputan sisa-sisa tumbuhan dan bahan organik lebih cepat dengan penambahan kapur.
  • Dapat memperbaiki susunan tanah dengan menggalakkan pembentukan butir tanah.

 

 

Panduan penggunaan bahan kapur

 

Data diberi  :

Keluasan Padok  A = 2 ekar

PH awal = pH 4.0

pH dikehendaki  =  pH 6.0

Bagi kawasan Padok A ( 2 ekar ) penaburan kapur sebelum menanam adalah sebanyak 8 tan

 

 

KADAR BIJI BENIH  /  HA

 

  • Kadar biji benih rumput / ha

Napier – benih ( keratan batang ) 1.5 – 2.5 tan / ekar

 



 

PEMBAJAAN

 

  • Baja  –  Bahan yang dicampurkan ke dalam media tanaman bagi membekalkan nutrien kepada tumbuhan

 

  • Pembajaan – Menambah atau menganti balik bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh tumbuhan  (Nitrogen, Fosforus dan Kalium ) kepada tanah agar bahan-bahan ini dapat diambil dan digunakan untuk memenuhi kehendak tumbuhan itu sendiri.

Kenapa perlukan baja?

 

  • Dalam keadaan semulajadi tumbuhan boleh hidup dengan menggunakan nutrien dari tisu tumbuhan  dan haiwan yang mereput, tetapi ia tidak mencukupi.
  • Nutrien hilang melalui resapan, peruapan, pengikatan biologi dan pengikatan tanah
  • Baja diperlukan bagi aktiviti pertanian secara komersial bagi pengeluaran yang optimum.

 

BAJA ORGANIK

 

  • Baja organik ialah yang dihasilkan dengan menggunakan bahan organik iaitu bahan asal haiwan , tumbuhan , dan mikroorganisma yang mati dan melalui proses pereputan.
  • Contoh baja asli seperti tinja ternakan, baja yang telah diproses seperti kompos dan juga hasil sampingan kilang berasaskan oertanian seperti enap cemar kelapa sawit (Palm Oil Mil Effluent), serbuk tulang, serbuk ikan dan sebagainya.

Kelemahan baja organik :

  • Digunakan untuk menambahkan unsur-unsur nutrien
  • Menyuburkan dan menggemburkan tanah
  • Membantu mengurangkan kekerasan tanah
  • Meningkatkan tekanan penyimpanan air tanah
  • Memudahkan aktiviti pertanian.

 

Kelemahan baja organik :

  • Hanya sebahagian kecil sahaja nutrien organik diserap segera dan selebihnya mengambil masa yang lama untuk diuraikan.
  • Kadar keperluan yang tinggi dan ini akan meningkatkan kos pengeluaran
  • Biasanya mempunyai nilai nutrien yang rendah
  • Perlu kepada kombinasi dengan baja kimia untuk meningkatkan kecekapan pembajaan dan hasil / kualiti
  • Bergantung kepada mikroorganisma tanah untuk menguraikan bahan organik

 

 

BAJA ORGANIK

  • Baja yang terhasil daripada satu atau lebih campuran bahan kimia. Contoh baja kimia ialah baja urea, baja TSP dan baja MOP.

Berfungsi :

  1. Membekalkan nutrien kepada tanah dengan segera
  2. terurai dengan cepat
  3. Penggunaan yang sedikit
  4. menyumbang kepada pertumbuhan rumput yang cepat

 

Kesan penggunaan bahan kimia dalam jangka masa panjang dan tidak terkawal : 

  1. kesan buruk kepada tahap kesuburan tanah. Struktur tanah akan padat, rongga udara semakin berkurangan
  2. Penurunan pH tanah ( tanah akan semakin berasid )
  3. Keseimbangan organisma di dalam tanah terganggu dan kualiti permukaan air seperti air sungai di kawasan pertanian tercemar.
  4. Ketidakseimbangan nutrien menyebabkan rumput kurang daya tanah melawan penyakit / rentang penyakit.
  5. Kualiti baja kimia yang banyak diperlukan untuk kawasan yang luas. Akan melibatkan kos yang tinggi dan tiada jaminan rumput dapat menyerap sepenuhnya baja ( berlakunya leaching / larut lesap )

 



FUNGSI / PERANAN UNSUR

 

 

SIMPTOM KEKURANGAN N

 

Warna hijau daun pokok jagung bertukar menjadi hijau cerah dan seterusnya kuning

 

ASAS MAKANAN TERNAKAN RUMINAN

PENGENALAN

 

  • Makanan – keperluan asas untuk hidup ( manusia & haiwan)
  • perlu yang berkualiti dan baik
  • makanan ternakan :

√    Tanaman – rumput, mulberi, petai belalang (folder dan pastura)

√    Konsentrat – pellet

  • Bekalan makanan perlulah sentiasa ada dan berterusan
  • Makanan perlu disimpan

 

PENYIMPANAN FODER

 

  • Foder – bahan tanaman (rumput/ kekacang) yang ditanam dan diberi makan kepada ternakan ruminan secara potong dan angkut
  • Pengeluaran foder tidak menentu – banyak bergantung kepada musim
  • Foder perlu disimpan ;

√    mengelakkan pembaziran rumput-rumput yang dipotong pada masa / umur sesuai

√    bekalan di masa kekurangan bekalan foder

√    kegunaan pada masa-masa kecemasan  (bencana)

√    sebagai jaminan bekalan berrterusan dan prestasi ternakan tidak terganggu

 

PENYIMPANAN FODER

  • Simpanan lembap   – silaj
  • Simpanan kering – Hay

 


 

PENYIMPANAN LEMBAP (  SILAJ  )

SILAJ

  • Bahan tanaman yang diperam
  • Bahan tanaman yang mempunyai kandungan air diantara 35%  –  75 %
  • Disimpan (diperam) dalam keadaan tanpa udara  (anaerobik)
  • Berlaku proses fermentasi (penapaian)
  • Biasanya proses fermentasi lengkap diantara 15 – 30 hari
  • Selepas proses fermentasi lengkap, silaj kekeal stabil selagi tidak digunakan / didedahkan
  • Silaj boleh digunakan pada bila-bila masa selepas disediakan

 

NAPIER ( Pennisetum purpureum)

  • Rumput gajah
  • Foder yang diberikan lepada ternakan ruminan
  • Mudah ditanam – menggunakan keratan batang
  • Kandungan air yang tinggi – digemari oleh ternakan
  • Kandungan protein : 12-18% ( 5-6 minggu)
  • Mempunyai hasil pengeluaran yang tinggi : boleh mencapai sehingga 40 tan bahan kering / ha / tahun.

 

KENAPA PERLU   (  SILAJ  )

 

  • Silaj adalah sumber bagi ” Volatile Fatty Acid” (VFA)  – tenaga tersedia bagi ruminan
  • Hampir 70% makanan ruminan ditukar kepada VFA dan memasuki sistem darah – sumber tenaga untuk tumbesaran, pengeluaran susu dan fungsi metabolik. pada masa / umur sesuai
  • Mengelakkan pembaziran  rumput-rumput yang dipotong pada masa / umur sesuai
  • Memastikan nutrien dalam rumput dapat dikekalkan
  • Tidak bergantung pada keadaan cuaca
  • Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa
  • Kegunaan pada masa-masa kecemasan

KEPERLUAN DALAM PENYIMPANAN FODER

 

  • Bahan tanaman
  • Bekas penyimpanan
  • Bahan aditif / tambahan

 

BAHAN YANG BOLEH DIBUAT SILAJ

 

  • Semua jenis bahan tanaman yang mengandungi kandungan serta dan gula yang tinggi
  • Segar dan bebas daripada rumpai
  • Dipotong pada peringkat umur yang sesuai (sebelum berbuga)
  • Contoh : rumput, daun pokok, bahan sisa pertanian

 

BAHAN UNTUK DIBUAT SILAJ

 

1.           Sisa sampingan pertanian

√    Jagung

√    Kulit / batang jagung

√    Hampas soya / sagu

√    Sisa buah-buahan (kulit)

√    Pelepah sawit

 

2.           Pokok Bijirin

√    Jagung

√    Gandum (mengandungi karbohidrat yang tinggi)

 

3.           Rumput

√    Napier (rumput gajah)

√    Guinea (rumput kuda)

 

4.           Kekacang

√    Petai belalang

√    Alfalfa (mengandungi protein yang tinggi)

 


 

BEKAS PENYIMPANAN

 

  •   SILO

Ada pelbagai jenis silo :

√    Tong drum

√    Tower

√    trench

√    bunker

√    pit

 

  •   Boleh juga disimpan secara 

√    longgokan

√    bendela berbungkus

√    plastik

 

SILO – Tong drum

 

SILO – Trench

 

SILO – Tower

 

SILO – Bunker

 

SILO – Pit

 

 


PENAMBAHAN BAHAN ADITIF

 

  •   Penggalak / perangsang

√    Tingkatkan kandungan asid laktik

√    menurunkan pH silaj dengan cepat

√    cth :   1.   Gula / molas – makanan bakteria asid laktik

2.   Enzim  – pecahkan karbohidrat tanaman kepada gula

 

  •   Penghalang / perencat

√    kurangkan / tiada pertumbuhan kulat

√    Tingkatkan kandungan protein

cth :     1. Propionic acid – terlebih – boleh rosakkan proses fermentasi asid laktik

2. Urea  –  risiko – tingkatkan asid butirik, pH meningkat

 

  •   Penggalak / perangsang fermentasi

√    Gula / molas – anggaran 1  –   5 % daripada jumlah bahan tanaman

 

  • penghalang / perencat fermentasi

√    Urea – anggaran 0.5 % daripada jumlah bahan tanaman

 

SILAJ NAPIER DITAMBAH BAHAN ADITIF     

  (Molas – menggalak fermentasi)

 

 

SILAJ NAPIER DITAMBAH BAHAN ADITIF   

  (kandungan nutrien)

 

 


LANGKAH MEMBUAT SILAJ

 

Memotong / meracik Bahan Tanaman

 

Memotong Napier

 

Meracik Napier
Pengeringan Silaj (jika bahan tanaman basah)

 

Menggaul Silaj – jika menggunakan bahan aditif

 

 

Mengisi Silaj ke dalam silo

 

Silaj di dalam silo

 

Merata dan memadatkan (silager)

 

Merata dan memadatkan (manual)

 

Mesin pemampat Silaj

 

Mesin pemampat Silaj

 

Simpan dan Peram

 

SILAJ PLASTIK

 

 

 

3 BAKA TERBAIK BERBIRI

 

Baka Berbiri    :     BARBADOS BLACKBELLY

 

Barbados Blackbelly

 

  • asal dari pulau Barbados dipercayai  di bawa dari Afrika
  • Berbiri baka rerambut, tahan terhadap iklan panas
  • Tidak bertanduk
  • warna coklat kemerahan atau kekuningan dengan warna hitam bermula dari sebelah bawah leher hingga ke bawah abdomen termasuk sebelah dalam kaki.
  • warna hitam juga terdapat pada disebelah dalam telinga, dihujung mata,dagu dan dahi
  • subur dan selalu melahirkan anak kembar, berat lahir 2.5kg – 3 kg
  • Berat dewasa 40-90 kg (jantan) 30-50 kg (Betina)

 

 

 

Baka Berbiri    :     SANTA INES

 

Santaines

 

  • Baka Amerika yang boleh ditemui di Brazil
  • Hasil kacukan baka Maroda Nora
  • Berbiri baka rerambut, tahan terhadap iklim panas
  • warna putih, hitam, kemerahan, coklat atau tompokan dua atau lebih warna-warna tersebut.
  • Berat dewasa 50-100 kg (jantan) 40-50  (Betina)

 

 

Baka Berbiri    :     DAMARA

 

Damara

 

  • Berasal dari mesir (300 tahun) sebelum masihi) dan dibawa ke Namibia dan Angola pada awal 1900
  • baka rerambut (hair sheep)
  • nama Damara berasal dari tempat asal ia dijumpai (Damaraland)
  • kaki panjang dan badan tegap / berpetak
  • jantan 40-80 kg  (bergantung kepada nuutrisi dan juga adaptasi di tempat di pelihara
  • Berat dewasa 40-90 kg (jantan) 30-50 kg (Betina)
  • juga dikenali sebagai ” fattailed sheep” kerana bahagian pangkal ekor yang tebal dan berisi berbanding berbiri lain