3 PENGURUSAN TERBAIK BAGI BERBIRI

 

1.

PROSES PENGURUSAN BERBIRI BUNTING HINGGA MELAHIRKAN

 

Proses kerja  : –

 

  1. Kenalpasti berbiri bunting melalui Pemeriksaan Kebuntingan.

  2. Asingkan berbiri bunting

  3. Sediakan makanan tambahan ( challenge feeding ) 250 gram / ekor / hari.

  4. Sediakan air minuman yang bersih dan mencukupi

  5. Memaklumkan kepada pegawai atasan jika berlaku keguguran , stillbirth atau distokia

  6. Kenalpasti berbiri yang keguguran dan melahirkan anak.

  7. Asingkan berbiri yang keguguran

  8. Asingkan berbiri yang beranak bersama anak ke dalam kandang individu.

  9. Ambil contoh darah dari berbiri yang keguguran / stillbirth.

  10. Hantar ‘Paired serum’ ke makmal selepas dua minggu.

  11. Jalankan penyiasatan penyakit atau ambil tindakan  pemusnahan terhadap ternakan yang di dapati positif Brucellaosis.

 

 

 

 

2.

PENGURUSAN ANAK BERBIRI BARU LAHIR HINGGA CERAI SUSU

 

Proses kerja  : –

  1. Mengenalpasti anak yang baru lahir dan memasukkan ke dalam petak individu.

  2. Catit dalam buku harian butir-butir mengenai ,  NOMBOR IBU , JANTINA ANAK , BERAT LAHIR , BILANGAN ANAK                    ( single, twin , triple )

  3. Rekodkan butiran 2 di dalam REKOD KELAHIRAN.

  4. Pastikan anak dapat kolostrum dari ibunya sendiri.

  5. Rawat pusat dengan iodine setiap hari hingga sembuh.

  6. Pastikan ibu mendapat makanan tambahan, (konsentrat) sebanyak 200 – 250 gram setiap hari hingga cerai susu disamping memberi rumput foder dab garam galian secara adlibitum.

  7. Menyediakan nombor tag dan tatoo mengikut siri dan memasang  ke telinga anak dalam tempoh usia 2 minggu.

  8. Memasukkkan anak berumur 1 – 2 minggu bersama ibunya ke dalam petak lebih besar untuk muatan 4 – 5 ekor.

  9. Pindahkan ke petak yang lebih besar  (100) ekor apabila berumur 1 bulan dan lepaskan ibu meragut di padang ragut.

  10. Memberi ubat cacing  ( anthelmintic ) sebelum dilepaskan meragut di padang ragutan.

  11. Menyediakan vaksin untuk pemangilan (Hetavic) dan mengatur program suntikan bagi anak yang telah berumur  4 – 6 minggu.

  12. Pastikan dos tambahan diberi 6 minggu kemudian.

  13. Memberi suntikan tersebut mengikut jadual dan peraturan yang telah ditetapkan.

  14. Atur program timbang anak apabila beerumur 3 bulann.

  15. Ceraikan anak yang mencapai berat melebihi  13 kg dan asingkan mengikut jantina.

 

 

3.

PENGURUSAN ANAK BERBIRI CERAI SUSU HINGGA DEWASA

 

Proses kerja  : –

  1. Memilih dan mengenalpasti anak yang sesuai diceraikan susu mengikut kriteria  berikut :  ( UMUR MELEBIHI 3 BULAN , BERAT MELEBIHI 13 KG )

  2. Mengasingkan jantan betina.

  3. Memilih baka.

  4. Mengenalpasti ternakan yang disingkir.

  5. Memotong kuku.

  6. Menggambil sampel tinja secara random ( 10% daripada jumlah ternakan ) dan menghantar sampel ke makmal setiap 2 minggu.

  7. Mengenalpasti ternakan yang perlu diberi ubat cacing dan jenis anthelmetik yang bersesuaian.

  8. Memberi ubat cacing kepada ternakan  yang mengalami bebanan cacing yang tinggi dan menunjukkan tanda-tanda klinikal helminthiasis.

  9. Memilih dan menentukan ternakan yang sesuai untuk pembiakan.

  10. Memasukkan penjantan baka ke dalam kumpulan betina terpilih mengikut bilangan nisbah 1:25 – 30 ekor.

  11. Atur program mengambil sample darah untuk saringan penyakit ( ujian serologi tahunan ) bagi penyakit-penyakit berikut :    BRUCELLOSIS , CASEOUS LYMPHADENITIS            ( CLA ), MELLIOIDOSIS , SALMMONELOSISI.

  12. Menjalankan kerja mengambil darah individu ternakan menggunakan  ‘Plain tube’ dan labelkan setiap sample mengikut nombor ternakan. Hanya ternakan lebih 4 bulan sahaja diuji.

  13. Jalankan ujian ‘Rose Bengal Plate Test’ sehari selepas pengambilan sample darah.

  14. Rekodkan keputusan ujian dan tindakan sample serum yang Positif.

  15. Hantar sample darah ke Unit Perkhidmatan makmal untuk pengasingan dan penghantaran serum ke makmal.

  16. Mengasingkan ternakan POSITIF dan memusnahkan dengan cara penyembelihan.

  17. Rekodkan dan hantar salinan nombor ternakan yang dimusnahkan ke Unit Perkhidmatan Makmal.